https://my03.awfatech.com/uthmaniah/content/news/newsf1_MU110_1628298162.png

DIRGAHAYU 50 TAHUN ABIM : SEPARUH ABAD ABIM (GERAKAN ILMU & BAKTI)

SELURUH WARGA MADRASAH UTHMANIAH ABIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) YANG KE-50. ABIM MEMPUNYAI SEJARAH PANJANG DALAM PERJUANGAN DAN TELAH MELAHIRKAN RAMAI TOKOH SERTA ILMUAN ULUNG YANG MENDASARI CITRA KEPELBAGAIAN DI MALAYSIA. MOGA ABIM TERUS MENGAKAR DAN MERIMBUN DALAM SOAL MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MEMPERJUANG KEADILAN.

 
IKHLAS DARIPADA :
MUDIR & ASATIZAH
MADRASAH UTHMANIAH ABIM
 
LAGI
https://my03.awfatech.com/uthmaniah/content/news/newsf1__1628143843.png

PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID SESI 2022

 

PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID SESI 2022 TELAH DIBUKA SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021. JOM MENDAFTAR SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA MADRASAH UTHMANIAH ABIM. RASAI PENGALAMAN DAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DI KOMPLEKS PENDIDIKAN UTHMANIAH ABIM, BAYAN LEPAS. KLIK PADA PAUTAN HTTPS://MY03.AWFATECH.COM/MAIN/APPSPS/STUREG/STUREG_STATUS.PHP?SYSAPP=UTHMANIAH

LAGI
https://my03.awfatech.com/uthmaniah/content/news/newsf1_Root_1590999781.png

PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN BERHIKMAH

PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN BERHIKMAH ‘MENDOKONG PEMBINAAN KAREKTER / WATAK’ 

KERTAS INI BERTUJUAN UNTUK MENGEMUKAKAN KONSEP DAN MODEL APLIKASI PENDIDIKAN BERMAKNA DAN BERHIKMAH. MODEL INI BOLEH MENJADI PANDUAN GURU MENTERJEMAHKANNYA  DALAM AMALAN PDP DI BILIK DARJAH DAN SEKOLAH.

MAKLUMAT LANJUT MUAT TURUN DI SINI

LAGI
https://my03.awfatech.com/uthmaniah/content/news/newsf1_MU110_1589683827jpeg

IDEALISME KEGURUAN : GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN & "CULTURE BUILDER"

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2020

  • TULISAN OLEH : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN HAMDAN
  • PEGAWAI SUMBER MANUSIA MUA
  • PEN. SETIAUSAHA ABIM NEGERI PULAU PINANG

 

MENURUT TOKOH DAN MURRABI UMAT DATO’ DR. SIDDIQ FADZIL, GURU HARUS MEMPUNYAI FIKRAH DAN IDEALISME UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN, MENTRANSFORMASIKAN MANUSIA KEPADA KEADAAN YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA. SEORANG GURU JUGA TERKAIT DENGAN PEMBINAAN WATAK CITRA BANGSA YANG PEKERTI SEPERTI YANG DIUNGAKAPAN OLEH BUYA HAMKA “TEGAK RUMAH KERANA SENDI, RUNTUH SENDI RUMAH BINASA, SENDI BANGSA IALAH BUDI, RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA”.

GURU HARUS BERTINDAK MENYEDIAKAN SUASANA YANG SELESA MEMBENTUK IKLIM INTELEKTUALISME DAN KEILMUAN DALAM KALANGAN WARGA PENDIDIK KHUSUSNYA MURID. KECENDERUNGAN POSITIF TERHADAP ILMU DAN KEGIATAN ILMIAH SUATU CABANG DARI ASAS IDEALISME SEORANG WARGA PENDIDIK YANG BERGELAR GURU. HAL INI AKAN DAPAT TERLAKSANA MELALUI RUTIN HARIAN YANG DITERAPKAN KEPADA GOLONGAN TERDEKAT SEPERTI MURID DAN KOMUNITI.

SESUNGGUHNYA BESAR JASA SEORANG GURU DALAM MEMBERI DIDIKAN YANG AKHIRNYA MEMBAWA PEMBINAAN WATAK BANGSA YANG HARMONI DAN BERWIBAWA. MENJAWAB PERSOALAN BERKAITAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN DALAM PEMBINAAN BUDI DAN WATAK BANGSA TERTULIS DALAM CATATAN KARYA AGUNG ALMARHUM SYED HUSSEIN AL ATAS DALAM BUKUNYA BERTAJUK INTELLECTUALS IN DEVELOPING SOCIETIES (INTELEKTUAL MASYARAKAT MEMBANGUN) TELAH MERUNGKAI BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN PRINSIP ASAS YANG DIKAITKAN DENGAN MAKSUD DI ATAS.

MENYEDARI PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH GURU AMAT PENTING DALAM PEMBINAAN ASAS JATI DIRI, MEMBENTUK SUASANA DAN SIKAP KOMUNITI SETEMPAT. HIKAKAT INILAH YANG DIUNGKAPKAN OLEH BUYA HAMKA DALAM KARYANYA BERTAJUK LEMBAGA BUDI. GURU YANG DIAMANAHKAN MENDIDIK MURIDNYA MENCAPAI KEMAJUAN IALAH GURU YANG TIDAK HANYA MENCUKUPKAN ILMUNYA DARI SEKOLAH SAHAJA, TETAPI DIKEMBANG LUASKAN BERDASARKAN PENGALAMAN, PEMBACAAN DAN MENGEMASKINI KEMAJUAN MENGIKUT ARUS KEMODENAN ZAMAN.

GURU JUGA HARUS MEMPUNYAI WISDOM (KEBIJAKSANAAN) DALAM MENDIDIK. YANG DITANAMKAN PADA MURIDNYA BUKANLAH SEMATA-MATA ILMU YANG SARAT DIDADA, TETPAI BUDI, PERSAUDARAAN (UKHUWAH), KEPERCAYAAN PADA DIRI SENDIRI YANG MENJADI PETUNJUK PADA DIRINYA, PEMBUKA KUNCI AKALNYA SERTA MEMPERLUAS USAHANYA.

DEMIKIANLAH GURU SEBAGAI PEMBINA BANGSA BERBUDI PEKERTI MULIA, DISANJUNG TINGGI BUKAN TANDA BERMEGAH TANPA USAHA, DIDIKLAH DIRI DAN KOMUNITI AGAR KITA MENYIMPAN SISA, JASA DAN BAKTI KELAK DIKENANG JUA.

LAGI
https://my03.awfatech.com/uthmaniah/content/news/newsf1_MU070_1589256195.jpg

MENGIMBAU PROGRAM BERSAMA SANTRI DAN SATRIWATI DARIPADA MUALLIMAT DAN MUALLIMIN, YOGJAKARTA.

6 MEI 2019 ( ISNIN ) : MUA TELAH MENERIMA KEHADIRAN EMPAT SANTRI DAN EMPAT SANTRIWATI DARI MADRASAH MUALLIMIN DAN MUALLIMAT MUHAMMADIYYAH, YOGYAKARTA DIMANA MEREKA AKAN MENYUMBANG KHIDMAT BAKTI DALAM PROGRAM MUBALIGH DAKWAH INTERNATIONAL 1440/2019 DI MUA SEHINGGA 22 MEI 2018.

SEPANJANG PROGRAM MEREKA AKAN MEMPERKENALKAN KAEDAH HARFUN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGHAYATAN AL QURAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH, MENENGAH DAN ORANG DEWASA.

SELAIN MENGAJAR AL QURAN , MEREKA JUGA AKAN MENJADI IMAM SOLAT TERAWIKH, MENYAMPAIKAN TAZKIRAH DAN KERJA-KERJA AMAL YANG BERSESUAIAN.

KAMI DIFAHAMKAN, PROGRAM MUBALIGH DAKWAH INTERNATIONAL INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI KEGIATAN UTAMA DALAM PROSES "PERKADERAN" UNTUK MELAHIRKAN ULAMAK, PEMIMPIN DAN PENDIDIK.

SEMOGA MISI MEREKA SUKSES DAN DIBERKATI ALLAH.

" MEMBINA GENERASI AL - QURAN "

LAGI
https://my03.awfatech.com/uthmaniah/content/news/newsf1_MU070_1589255583.jpg

RAYUAN SUMBANGAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF BAGI MEMBIYAI PROGRAM PENDIDIKAN MADRASAH UTHMANIAH ABIM

20 RAMADHAN 1441|12 MEI 2020

ASSALAMUALAIKUM WBT WTH.

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,

RAYUAN SUMBANGAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF BAGI MEMBIAYAI PROGRAM PENDIDIKAN MADRASAH UTHMANIAH ABIM

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ALLAH SWT KITA TELAH DIPILIH OLEH ALLAH SWT BERADA DALAM BULAN RAMADHAN AL MURABAK PADA TAHUN INI. WALAUPUN DUNIA DIUJI DENGAN PANDEMIK COVID-19, KITA MASIH BERADA DALAM PEMELIHARAAN ALLAH SWT. KINI RAMADHAN HANYA TINGGAL SEPULUH HARI SAHAJA LAGI AKAN MENINGALKAN KITA. JUSTERU, PIHAK MADRASAH INGIN MENYEDIAKAN PELUANG KEPADA SAUDARA DAN SAUDARI MENAMBAHKAN AMALAN MULIA DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI MELAUI IBADAH ZAKAT, SEDEQAH DAN WAKAF.

ALHAMDULILLAH, DENGAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DARIPADA SAUDARA DAN SAUDARI SELAMA INI, MADRASAH UTHMANIAH ABIM BUKAN SAHAJA DAPAT MEMBANTU KANAK-KANAK TEMPATAN DI MADRASAH INI, TETAPI KEBERKATANNYA TELAH SAMPAI KEPADA KANAK-KANAK DARI KOMUNITI ROHINGYA, SELATAN THAI, KEMBOJA DAN JUGA INDONESIA. MALAH WUJUDNYA MADRASAH INI DI PULAU PINANG TELAH DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI SYIAR ISLAM DALAM MASYARAKAT MAJORITI NON-MUSLIM.

SUMBANGAN SAUDARA DAN SAUDARI, WALAU SEKECIL MANA SEKALIPUN AMAT BERNILAI BUAT KAMI. SEMOGA HARTA YANG DIINFAQKAN AKAN DIKIRA SEBAGAI AMAL JARIAH YANG BERKEKALAN, YANG AKAN DAPAT MEMBANTU APABILA KITA KEMBALI KE RAHMATULLAH.

SEKIAN, JAZAKUMULLAH KHAIRAN KHATIRA.

USTAZ MOHAMMAD FADZIL ALIAS.
MUDIR MADRASAH,
MERANGKAP
PENGERUSI,
MAJLIS GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT PULAU PINANG.

 
LAGI
https://my03.awfatech.com/uthmaniah/content/news/newsf1_Root_1589248429.jpg

IBRAH NUZUL AL QURAN DAN AGENDA MERTABATKAN BAHASA ARAB

OLEH: MOHAMMAD FADZIL ALIAS

MUDIR MADRASAH UTHMANIAH ABIM, PULAU PINANG.

MUQADDIMAH.

BULAN RAMADHAN BUKAN SAHAJA DIKAITKAN DENGAN PENSYARIATAN IBADAH BERPUASA TETAPI JUGA MENGINGATKAN KITA AKAN PERISTAWA YANG AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA TERUTAMA KEPADA JUNJUNGAN NABI BESAR MUHAMMAD SAW IAITU PENURUNAN AL QURAN ( NUZULAL-QURAN ). ALLAH SWT BERFIRMAN:

“BULAN RAMADHAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN MENJADI PETUNJUK BAGI SEKELIAN MANUSIA…” (QS.AL-BAQARAH: 185 )

NAMUN APA YANG INGIN KITA BICARAKAN DI SINI IALAH BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH ALLAH SWT TATKALA MENURUNKAN WAHYU YANG MAHA SUCI INI. ALLAH SWT DENGAN JELAS MENYEBUTKAN BAHAWA BAHASA ARAB ADALAH BAHASA PENGANTAR AL-QURAN. FIRMAN ALLAH SWT:

“SESUNGGUHNYA KAMI MENURUNKANNYA BERUPA AL- QURAN DENGAN BERBAHASA ARAB, AGAR KAMU MEMAHAMINYA.” (QS. YUSUF: 2)

“DENGAN BAHASA ARAB YANG JELAS.” (QS. ASY-SYU’ARA: 195).

“PADAHAL BAHASA ORANG YANG MEREKA TUDUHKAN (BAHWA) MUHAMMAD BELAJAR KEPADANYA BAHASA ‘AJAM, SEDANG AL-QURAN ADALAH DALAM BAHASA ARAB YANG TERANG.” (QS. AN-NAHL: 103)

KEUTAMAAN (AWLAWIYAT ) MEMPELAJARI BAHASA ARAB

SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG DILAHIRKAN BUKAN DARI KALANGAN IBU BAPA YANG BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB, SUDAH PASTI MENGHADAPI KESUKARAN MEMAHAMI LAFAZ-LAFAZ AL-QURAN DAN LAFAZ-LAFAZ BAHASA ARAB DALAM PERIBADATAN KHUSUS KEPADA ALLAH SWT. LANTARAN ITU BAGINDA SAW PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD:

“I’RABLAH AL-QUR`AN DAN CARILAH KOSA-KATA ASINGNYA.”

“PELAJARILAH BAHASA ARAB YANG KALIAN GUNAKAN UNTUK MENGI’RAB AL-QUR`AN.

IMAM AL SYAFIE RA ( W204H) MENYEBUTKAN:

“WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM BELAJAR BAHASA ARAB SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA AGAR BENAR DALAM BERSYAHADAT LÂILAHA ILLALLÂH DAN MUHAMMADUN ABDUH WA RASÛLUH, MEMBACA KITABULLAH, MELAFAZKAN DZIKIR YANG DIWAJIBKAN ATASNYA SEPERTI TAKBIR, TASBIH, TASYAHHUD, DAN LAIN-LAIN. JIKA DIA BERKENAN MENDALAMI BAHASA YANG DIJADIKAN ALLAH SEBAGAI BAHASA PENUTUP PARA NABI-NYA DAN BAHASA KITAB TERAKHIR YANG DITURUNKAN-NYA INI, MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA.”

MANAKALA HUJJAHTUL ISLAM IBNU TAIMIYAH RA (W728) MENYEBUTKAN:

“JUGA, BAHASA ARAB SENDIRI TERMASUK BAGIAN DARI DIEN (ISLAM). MEMAHAMINYA ADALAH PERKARA FARDHU YANG WAJIB. KARENA MEMAHAMI AL-QUR’AN DAN SUNNAH ADALAH WAJIB. BAGAIMANA MUNGKIN MEMAHAMINYA KECUALI DENGAN MEMAHAMI BAHASA ARAB. PERKARA WAJIB YANG TIDAK BOLEH TEGAK SEMPURNA KECUALI DENGANNYA MAKA IA MENJADI WAJIB.”

AGENDA MEMARTABATKAN BAHASA ARAB

KESEDARAN HIDUP BERAGAMA DAN KEMBALI KEPADA PENGHAYATAN ISLAM YANG SEBENAR TELAH MEMPERLIHATKAN USAHA-USAHA MEMPELAJARI BAHASA ARAB SEBAGAI SATU KEUTAMAAN. MALAHAN PENGASAS GERAKAN DAKWAH IKHWAN MUSLIMIM, AL SYAHID HASSAN AL BANNA MENYERU PENGIKUT-PENGIKUTNYA UNTUK KEMBALI MEMPRAKTIKKAN BAHASA ARAB FUSHAH (ASLI) DALAM PERTUTURAN HARIAN. RAKAN KARIBNYA AL SYAHID SYED QUTB PULA APABILA DIMINTA UNTUK MENULIS SUATU CATATAN SEMASA DALAM TAHANAN PENJARA DAN APA YANG DIIMPIKAN KEPADA GENERASI MUDA MESIR DAN ISLAM AMMNYA, BELIAU TELAH MENULIS SEBUAH BUKU YANG BERTAJUK PETUNJUK SEPANJANG JALAN DI MANA MENJELASKAN IMPIANNYA UNTUK MELIHAT SATU GENERASI YANG DISEBUTNYA SEBAGAI GENERASI AL-QURAN YANG UNIK ( JAIL AL-QURAN AL FARED ).

SUDAH PASTINYA GENERASI ITU AKAN MENGUASI BAHASA ARAB SEPERTI MANA PARA SAHABAT BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW. DI NEGARA KITA, KESEDARAN HIDUP BERAGAMA YANG DICETUSKAN OLEH GOLONGAN ANAK MUDA SEKITAR TAHUN 70AN YANG CELIK DENGAN PERBAHASAN-PERBAHASAN ISLAM SEBAGAI PERATURAN HIDUP ( NIZAM AL HAYAH) TELAH MULA MENGGUNAKAN KALIMAT-KALIMAT ARAB DALAM PERTUTURAN HARIAN SEPERTI ANA, ANTA, USRAH, SYURA, THAGUT DAN SEBAGAINYA. DARI SITU BANGKITLAH KESEDARAN UNTUK MENUNTUT AGAR UMAT ISLAM KEMBALI DENGAN DIDIKAN ISLAM YANG SEBENAR SEPERTI HASIL RESOLUSI PENDIDIKAN ISLAM MEKAH AL MUKARRAMAH PADA TAHUN 1977. BERMULA DARI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ISLAM (TASKI) YANG DIASASKAN OLEH ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) PADA TAHUN 1979 DI KEDAH, ASAS BAHASA ARAB TELAH DIJADIKAN SEBAHAGIAN DARI AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SAMPING BAHASA INGGERIS.

BEGITULAH PERKEMBANGANNYA MENERUSI INSITITUSI PENDIDIKAN ISLAM YANG DITUBUHKAN OLEH PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM LAINNYA. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JUGA TIDAK KETINGGALAN DALAM USAHA MEMPERLUASKAN PELUANG BELAJAR BAHASA ARAB INI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEPERTI PROGRAM J-QAF 2004 ( JAWI, QURAN, ARAB DAN FARDHU AIN) DAN YANG TERBAHARU KURIKULUM BAHARU DINIAH(KBD) 2015 YANG LEBIH LUAS PENGGUNAAN BAHASA ARAB DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM. KELAS-KELAS BAHASA ARAB UNTUK GOLONGAN DEWASA SECARA UMUM JUGA MENDAPAT TEMPAT DALAM MASYARAKAT. HAL INI TIDAK TERKECUALI KEPADA GOLONGAN WARGA EMAS YANG TIDAK BERPELUANG MEMPELAJARINYA SEWAKTU DI ALAM PERSEKOLAHAN. NAMUN DARI SEGI PENCAPAIAN, PENGUASAAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA KITA MASIH TERLALU RENDAH WALAUPUN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI PELBAGAI PERINGKAT BERKEMBANG DENGAN SUBURNYA.

 

SEMPENA RAMADHAN DAN NUZUL AL-QURAN PADA TAHUN INI MARILAH KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI DAN MENGISAFI KEKURANGAN YANG ADA DENGAN BERAZAM UNTUK MENCINTAI BAHASA ARAB. KITA MENCONTOHI KETOKOHAN MAULANA ABUL HASSAN ALI AN NADWI DALAM JIHADNYA MEMARTABATKAN BAHASA ARAB, SANGGUP MENGARANG BUKU-BUKU BAHASA DAN KESUSATERAAN ARAB DARI PERINGKAT RENDAH HINGGA KE PERINGKAT TINGGI SELAIN PULUHAN KARYA BESAR BELIAU DALAM PERBAGAI BIDANG . BUKUNYA QASASUL ANBIYA LIL ATFAL AKAN MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA BAHASA AL QURAN DAN QIRAAH RASYIDAH UNTUK KEGUNAAN BAHASA ARAB HARIAN MEMPUNYAI NILAI YANG AMAT TINGGI DAN SUNGGUH MENGASYIKAN. AYUH KITA MEMBACANYA! IQRAQ.

12 RAMADHAN 1441/5 MEI 2020.

 

 

 

 

LAGI

Page 2 of 4